Tuhan Mestilah Luarbiasa

RAKANSISWA

Sekarang ramai orang suka mengganggap Tuhan sebagai sesuatu kuasa yang wujud dalam segala-galanya. Tetapi meskipun segala-galanya wujud dan dikekalkan oleh kuasa Tuhan saat demi saat, besar kemungkinan Tuhan adalah lebih daripada itu. Contohnya, bukankah lebih baik jika Tuhan lebih menyerupai ibu-bapa, saudara, kawan, seseorang yang anda boleh berbual-bual, mengongsikan masalah, menerima bimbingan, dan menjalani hidup bersama? Apakah yang begitu istimewa tentang Tuhan yang tidak bersifat peribadi, tidak boleh dikenali, dan yang

menjauhkan Diri.

http://rakansiswa.com/a/107TuhanAlkitab.html


PENCERAHAN:

Beginilah sikap orang-orang terdahulu daripada kita.

Mereka tidak puas hati dengan Tuhan sehinggalah mereka dapat melihat dan menyentuhnya. Kedua, mereka tidak mahu mengakui keterbatasan kemampuan yang ada pada manusia.


Kita ulas yang pertama. Tuhan sudah beritahu yang Diri-nya sangat hebat sehingga tidak mampu dilihat dan disentuh, tetapi manusia yang punya sikap sentiasa tidak puas hati dan tidak mahu faham-faham masih meminta agar Tuhan itu boleh dilihat dan disentuh.


Hasilnya, mereka menggambarkan Tuhan dengan pelbagai gambaran menggunakan otak manusia yang serba lemah lalu melukis dan mengukir Tuhan mereka. Ada yang mengambil tokoh-tokoh dalam masyarakat mereka sebagai Tuhan. Ada pula yang mengaku dirinya sendiri Tuhan. Kemudian mereka menyembah gambar-gambar, ukiran-ukiran dan tokoh-tokoh tersebut. Yang mengaku dirinya Tuhan pula menyuruh orang lain menyembah dirinya.

Inilah juga yang berlaku kepada para penyembah Jesus.


Bukankah Tuhan itu sepatutnya luar biasa? Jika Dia tidak luar biasa, tentulah ia tidak layak menjadi Tuhan. Tuhan sangat luar biasa kerana Dia tidak punya bentuk, warna dan sempadan, tidak terpengaruh dengan bentuk, warna dan sempadan. Kerana apa? Kerana sebelum bentuk, warna dan sempadan dicipta, Dia sudah sedia ada. Bahkan, Dialah yang menciptakan bentuk warna dan sempadan. Mana mungkin Dia berbentuk, berwarna dan bersempadan?


Oleh kerana Dia yang menciptakan bentuk, warna dan sempadan, maksudnya bentuk, warna dan sempadan adalah makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan bentuk, warna dan sempadan tidak layak menjadi Tuhan.


Cuba fikirkan... Jesus ada bentuk tak? Jesus terpengaruh dengan warna tak? Jasad, pengetahuan, pendengaran, penglihatan dan deria hidu Jesus ada sempadan/ had/ batasan tak?

Jika ada, maksudnya Jesus bukan Tuhan.


Kita sedia maklum, zat Tuhan tidak akan berubah. Sebagaimana keadaan Diri-Nya sebelum mana-mana makhluk diciptakan, sebegitulah keadaan-Nya ketika ini dan pada masa datang. Dia tidak akan berubah walaupun sedikit sama ada tercedera, terkena penyakit, lemah, tua, rosak ataupun lain-lain kelemahan. Apa saja yang terkena kecederaan, penyakit, lemah, tua, rosak ataupun lain-lain adalah MAKHLUK. Apa saja yang MENGALAMI PERUBAHAN adalah makhluk, bukan Tuhan.



Kedua, akuilah keterbatasan kemampuan manusia.


Mata manusia terbatas. Kemampuan melihat manusia sangat rendah. Apa yang berlaku di sebalik dinding sudah tidak mampu kita lihat. Apa yang berlaku di dasar lautan Atlantik saat ini tidak sampai mata kita untuk melihat. Bagaimana rupa telinga kita tidak boleh kita tahu kerana kedudukan mata kita di depan muka.


Jadi, bagaimana cara kita untuk mencapai itu semua? Tidak lain mestilah dengan menggunakan alat. Kita boleh melihat di sebalik dinding dengan menggunakan periskop. Kita boleh melihat dasar lautan Alantik dengan kamera video dasar laut. Kita tahu rupa telinga kita dengan melihat melalui cermin. Semuanya menggunakan alat.


Kemampuan tubuh kita juga terbatas. Kita tidak akan mampu bergerak dari Kuala Lumpur ke Singapura dalam masa 4 jam dengan berjalan kaki. Kita terpaksa menggunakan alat, contohnya kereta. Kita tidak akan boleh membawa satu tan buah kurma ataupun buah sawit menggunakan dua tangan. Kita terpaksa menggunakan alat iaitu lori.


Semua yang ada pada manusia adalah TERBATAS. Begitu jugalah dengan akal fikiran kita. Untuk mendapatkan Tuhan, kita mestilah menggunakan alat kerana kemampuan berfikir otak manusia terbatas dan mustahil dapat memahami Tuhan.

Apakah alatnya yang dibekalkan oleh Tuhan? Tidak lain ialah kitab suci. Tetapi kita mesti mendapatkan kitab suci yang benar-benar kitab suci, yang tidak ada sebarang kerosakan padanya.


Apabila manusia membelakangi alat tersebut iaitu kitab suci itu, manusia membuat pelbagai tanggapan yang keliru dan salah sehingga beranggapan Tuhan itu boleh dilihat dengan mata di dunia ini seperti jasad manusia yang bernama Jesus.


Apabila manusia membelakangi kitab suci itu, manusia gagal memahami Tuhan lalu beranggapan kasih sayang Tuhan itu mestilah dalam bentuk sentuhan dan pandangan seperti ibu bapa, kawan, sanak saudara dan lain-lain. Mereka mahu Tuhan yang nampak di depan mata, yang boleh diajak berbual, mengembara bersama, memancing ikan sekali dan sebagainya. Padahal Injil mengatakan:


“Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran'.

(Yohanes 4: 24)


Jelaslah bahawa Tuhan yang sebenar itu bukanlah daripada jenis yang berdaging, berjasad dan berbentuk.


Satu hal yang mesti kita ingat, Bible yang ada hari ini bukan kitab suci lagi kerana ia sudah bercampur dengan yang bukan kata-kata Tuhan/ Bapa, isinya mengandungi banyak pertentangan antara satu sama lain dan ada juga

Jadi, kitab suci mana yang benar-benar kitab suci yang boleh digunakan sebagai alat untuk mendapatkan Tuhan?


0 comments: