RAKANSISWA:
Tidak lama kemudian nyatalah bahawa apa yang diajarkan oleh Yesus sungguh mengejutkan. Dia mulai mengaku diri lebih daripada nabi atau guru agung; Dia mengaku diri-Nya Tuhan. Ajaran-Nya menfokuskan pada identiti-Nya. Soalan terpenting yang Dia ajukan kepada mereka yang mengikut-Nya, "Siapakah saya?" Apabila Petrus menjawab, "Engkau adalah Kristus, anak Allah yang hidup" (Matius 16:15-16), Yesus tidak terkejut, malah Dia tidak menegur Petrus. Sebaliknya, Yesus memuji dia!
PENCERAHAN:
Jesus tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan. Lihat bukti seterusnya:
“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA SAHAJA.”
(Markus 13: 32)
Jesus mengakui dia dan para malaikat tidak tahu bilakah hari kiamat (iaitu salah satu perkara ghaib) akan berlaku. Hanya Bapa saja yang tahu. Maksudnya Roh Kudus juga tidak tahu. Maka Jesus dan Roh Kudus bukanlah Tuhan. Bukankah sepatutnya Jesus mengatakan: “ hanyalah Bapa, Aku dan Roh Kudus saja yang tahu.”?
Bolehkah Tuhan tidak tahu bila hari kiamat? Mustahil, kerana Tuhan tahu segala-galanya.
Jesus dan Roh Kudus tidak tahu tarikh kiamat sedangkan Bapa tahu. Siapakah Tuhan yang sebenar? Bapa sahaja.
Oleh kerana Jesus dan Roh Kudus bukan Tuhan, siapakah mereka? Makhluk Tuhan.
Labels: Bukan Iman yang Membabi-buta
0 comments:
Post a Comment