RAKANSISWA:
Tidak lama kemudian nyatalah bahawa apa yang diajarkan oleh Yesus sungguh mengejutkan. Dia mulai mengaku diri lebih daripada nabi atau guru agung; Dia mengaku diri-Nya Tuhan. Ajaran-Nya menfokuskan pada identiti-Nya. Soalan terpenting yang Dia ajukan kepada mereka yang mengikut-Nya, "Siapakah saya?" Apabila Petrus menjawab, "Engkau adalah Kristus, anak Allah yang hidup" (Matius 16:15-16), Yesus tidak terkejut, malah Dia tidak menegur Petrus. Sebaliknya, Yesus memuji dia!
http://rakansiswa.com/a/201MembabiButa.html
PENCERAHAN:
Kata Jesus:
"Sembahlah Allah Tuhanmu dan abdikanlah diri kepada DIA SAHAJA ."
(Lukas 4:8)
Jesus menyuruh berabdi kepada Allah sahaja, bukan kepada “Kami” ataupun kepada “Dia dan Aku”.
Perhatikan perkataan "DIA sahaja". Jesus tidak berkata "KAMI sahaja", atau "Dia dan Aku sahaja". Makna abstrak yang bagaimanakah yang mahu diada-adakan terhadap ayat ini untuk menunjukkan bahawa maksud sebenar Jesus adalah "sembah kami BERDUA" ataupun “sembah KAMI BERTIGA?”
Labels: Bukan Iman yang Membabi-buta
0 comments:
Post a Comment