Benarkah Jesus Tuhan?

RAKANSISWA:

Tidak lama kemudian nyatalah bahawa apa yang diajarkan oleh Yesus sungguh mengejutkan. Dia mulai mengaku diri lebih daripada nabi atau guru agung; Dia mengaku diri-Nya Tuhan. Ajaran-Nya menfokuskan pada identiti-Nya. Soalan terpenting yang Dia ajukan kepada mereka yang mengikut-Nya, "Siapakah saya?" Apabila Petrus menjawab, "Engkau adalah Kristus, anak Allah yang hidup" (Matius 16:15-16), Yesus tidak terkejut, malah Dia tidak menegur Petrus. Sebaliknya, Yesus memuji dia!

http://rakansiswa.com/a/201MembabiButa.html


PENCERAHAN:

Jesus tidak pernah mengaku dirinya Tuhan. Dalam Bible khususnya Injil, tidak ada satupun perkataan Jesus yang berbunyi “Akulah Tuhan” ataupun “Sembahlah Aku”. Tidak percaya? Cuba cari sendiri. Sebaliknya Jesus mengatakan:

“Aku (Jesus) bersyukur kepada-Mu Bapa- Tuhan langit dan bumi.”

(Matius 11: 25)

Jesus bersyukur kepada siapa? Kepada Bapa.

Siapakah Bapa itu menurut Jesus? Bapa itu ialah Tuhan langit dan bumi.

Apakah Jesus itu Tuhan langit dan bumi? Tidak.

Jika benar Jesus itu Tuhan, bagaimanakah bunyi ayatnya? “Aku bersyukur kepada-Ku iaitu Bapa- Tuhan langit dan bumi.”

Apakah Jesus dan Bapa sama? Satu peribadi? Tidak! Mereka tidak sama. Mereka dua peribadi yang berbeza.

Jika Maradona berkata, “Aku berterima kasih kepadamu Obama- Presiden Amerika Syarikat,” apakah Maradona dan Obama orang yang serupa? Tidak! Mereka dua orang yang berbeza.

0 comments: