Benarkah Jesus Tuhan? (2)

RAKANSISWA:
Tidak lama kemudian nyatalah bahawa apa yang diajarkan oleh Yesus sungguh mengejutkan. Dia mulai mengaku diri lebih daripada nabi atau guru agung; Dia mengaku diri-Nya Tuhan. Ajaran-Nya menfokuskan pada identiti-Nya. Soalan terpenting yang Dia ajukan kepada mereka yang mengikut-Nya, "Siapakah saya?" Apabila Petrus menjawab, "Engkau adalah Kristus, anak Allah yang hidup" (Matius 16:15-16), Yesus tidak terkejut, malah Dia tidak menegur Petrus. Sebaliknya, Yesus memuji dia!

http://rakansiswa.com/a/201MembabiButa.html




PENCERAHAN

Dalam ayat yang dipetik oleh Rakansiswa itu, Petrus tidak menyebut Jesus itu Tuhan, tetapi Jesus itu hanyalah ANAK ALLAH. Hujah ini tidak membuktikan langsung Jesus itu Tuhan. Lainlah kalau Petrus mengatakan "Engkau adalah Kristus, Allah yang hidup".

Boleh nampak bezanya?

Sebab itulah Jesus tidak terkejut dan memuji Petrus. Tapi cuba Petrus mengatakan "Engkau adalah Allah," sudah pasti Jesus terkejut besar dan memarahinya.

0 comments: