President

Steve Douglass

Purpose

Helping to fulfill the Great Commission in the power of the Holy Spirit by winning people to faith in Jesus Christ, building them in their faith and sending them to win and build others; and helping the Body of Christ do evangelism and discipleship

Vision Statement

Helping to build spiritual movements everywhere so everyone knows someone who truly follows Jesus Christ

Values

Faith, fruitfulness and growth

Mission Statement

Launching spiritual movements by winning, building, and sending Christ-centered multiplying disciples

Year Established

1951, by Bill and Vonette Bright on the UCLA campus

International Presence

Ministry presence in 191 countries

Number of Staff Members

Over 25,000

International Headquarters

Orlando, Florida USA

Area Operational Offices

Accra, Ghana
Bamako, Mali
Bangalore, India
Budapest, Hungary
Kandern, Germany
Orlando, Florida United States of America
Paris, France
Pretoria, South Africa
Quezon City, Philippines
Singapore, Singapore
San Salvador, El Salvador
Santa Cruz, Bolivia
Vancouver, British Columbia

http://www.ccci.org/about-us/ministry-profile/index.aspx

Siapa rakansiswa.com?


Rakansiswa.com setakat ini menjadi lidah tidak rasmi kepada CAMPUS CRUSADE for CHRIST INTERNATIONAL (CCCI). Lidah rasmi CCCI berada di serata dunia. Di Asia, mereka berada di:

Cambodia

India

Indonesia

Japan

South Korea

Kuwait

Mongolia

Pakistan

Philippines

Singapore

Taiwan

Thailand

Mungkin sedang dalam proses 'cuba-cuba' / percubaan untuk meletakkan lidah rasmi mereka di Malaysia.


https://iversant.com/

Cuba baca maklumat di sebelah gambar bangunan.


Pada hari ke-5 laman 'Menilai Semula Rakansiswa.com' beroperasi, laman 'rakansiswa.com' tiba-tiba sudah jadi begini. Entah apa sebabnya...

ps: Setakat hari ke-6 masih begini. Kita menanti kemunculannya. Jika tak muncul-muncul sampai bila-bila, bagus juga. Jika muncul kembali pun bagus juga, banyak penilaian yang belum kita dikeluarkan. : )

RAKANSISWA:
Tuhan dalam Alkitab memahami manusia. Yesus Kristus bukan sahaja Anak Tuhan, Dia adalah Tuhan yang turun menjadi manusia. "Pada mulanya adalah Firman [Yesus]; Firman itu [Yesus] bersama-sama dengan Allah dan Firman itu [Yesus] adalah Allah. Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita."5
http://rakansiswa.com/a/107TuhanAlkitab.html


PENCERAHAN:
Ayat ini sangat penting untuk kita mengkaji dan memahami maksud sebenarnya. Kita akan melihat sebentar lagi bagaimana terselewengnya ayat ini daripada kehendak asalnya. Apa yang penting, anda teruskan pembacaan dengan niat untuk mendapatkan kebenaran mutlak di samping memohon petunjuk daripada Tuhan.

Pertama:
“Pada mulanya adalah firman (yang didakwa sebagai Jesus)”

Katakanlah kita bersetuju dengan bahagian ini. Tutup kes.

Kedua:
“Firman (Jesus) itu bersama-sama dengan Allah.”

Maksudnya Jesus BERSAMA-SAMA dengan Allah. Setakat ayat kedua ini, belum ada bukti yang Jesus ialah Allah, Jesus ialah Tuhan ataupun Jesus ialah Bapa. Yang pastinya, Jesus sekadar BERSAMA-SAMA dengan Allah.

Apakah BERSAMA-SAMA dengan Allah membawa maksud Jesus itu Allah? Jesus itu Tuhan? Tidak.

Contohnya: Apabila dikatakan, “Pope John Paul BERSAMA-SAMA dengan Tony Blair semalam.” Apakah Pope John Paul dan Tony Blair orang yang sama? Tidak! Mereka dua peribadi yang berbeza.

Contoh lagi: Kita mengatakan kepada kawan kita yang sedang bercinta, “Aku lihat engkau Joseph sekarang BERSAMA-SAMA dengan Maria.” Apakah Joseph dan Maria satu peribadi/ individu? Tidak, mereka dua peribadi yang berbeza!

Contoh-contoh ini cukup sebagai hujah jika kita berfikir dengan hati yang jernih.

Ketiga:
“Dan firman (Jesus) itu adalah Allah.”

Umumnya Alkitab (Bible) bahasa Melayu/ Indonesia diterjemahkan daripada Bible bahasa Inggeris, bukan daripada Bible bahasa Greek. Di sinilah berlaku penyimpangan maksud yang sangat serius.

Bible bahasa Inggeris menulis :
“and the Word is God.”

Mari kita lihat semula perkataan ‘God’ pada ayat ini dalam teks asalnya yang berbahasa Greek. Apa yang ditulis untuk perkataan ‘God’ itu? Jawapannya ‘TONTHEOS’.

Apa dia ‘TONTHEOS’ ini?

Dalam bahasa Greek, Tuhan sebenar disebut/ ditulis sebagai ‘HOTHEOS’ bukannya ‘TONTHEOS’. Perkataan ‘TONTHEOS’ digunakan kepada ‘yang bukan Tuhan sebenar’ tetapi dianggap ‘Tuhan sebenar’.

Contoh:
Ada satu kaum yang mempunyai seorang tokoh terkenal. Selepas tokoh itu mati, kaum tadi menganggap tokoh itu sebagai Tuhan. Jelasnya, tokoh itu bukanlah Tuhan sebenar tetapi diperTuhankan oleh kaum tersebut. Maka Tuhan jenis ini disebut ‘TONTHEOS’.

Misalnya Krishna dan Buddha. Mereka bukan Tuhan sebenar (HOTHEOS), tetapi setelah mereka mati mereka dianggap/ disembah sebagai Tuhan sebenar. Ketika itu orang-orang Greek menyebutnya sebagai ‘TONTHEOS’ (bukan Tuhan sebenar tetapi orang-orang yang tersalah faham menganggapnya sebagai Tuhan sebenar).

Tuhan sebenar (Hotheos) ditulis sebagai ‘God’ dengan ‘G’ berhuruf besar, manakala yang bukan Tuhan sebenar (tontheos) ditulis sebagai ‘god’ dengan ‘g’ berhuruf kecil.

Baik, kita kembali kepada ayat bahasa Inggeris tadi (sebelum dialih ke bahasa Melayu):
“and the Word is God.”

Oleh kerana kata asalnya ialah ‘TONTHEOS’ , terjemahan yang tepat dan jujur mestilah berbunyi:
“and the word is god.”

Kemudian, apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu, semestinya terjemahan yang adil lagi jujur berbunyi:
“dan firman (Jesus) itu ialah tuhan”, bukannya terjemahan yang salah seperti , “dan Firman (Jesus) itu ialah Tuhan.”

Jadi, terjemahan yang jujur, amanah lagi adil keseluruhan ayat tersebut berbunyi:

“Pada mulanya adalah firman, firman itu bersama-sama dengan Tuhan, dan firman itu ialah tuhan.”

Sekarang, cuba tunjukkan pada bahagian mana yang mengatakan Jesus ialah Tuhan?
Tidak ada!
Mengapa?
Kerana Jesus bukan Tuhan, Jesus bukan Bapa dan Jesus bukan Allah.

Seterusnya, kita yang selama ini menganggap Alkitab sebagai kitab suci yang tidak berubah isi kandungannya, cuba nilai kembali kepercayaan kita itu. Sucikah Alkitab yang sampai kepada kita hari ini tanpa penyelewengan ataupun kesalahan?

RAKANSISWA:

#3: Sifat Tuhan--Tuhan Dapat Memahami Apa yang Kita Alami

Sesetengah orang mengganggap Tuhan jauh dari manusia. Seolah-olah Tuhan menciptakan alam semesta, kemudian membiarkannya beroperasi sendiri. Alangkah baiknya jika Tuhan melibatkan Diri dalam alam semesta, dan apa yang sedang berlaku di Bumi? Alangkah baiknya jika Tuhan dapat memahami cabaran dan dugaan yang kita menghadapi dalam hidup?

http://rakansiswa.com/a/107TuhanAlkitab.html


PENCERAHAN:

Benar Tuhan dapat memahami apa yang kita alami.

Benar Tuhan sangat hampir kepada kita.


Tuhan tidak membiarkan alam semesta beroperasi sendiri. Jika begitu, Dia ternyata bukan yang Maha Berkuasa. Tuhan berkuasa ke atas seluruh alam semesta dan isinya. Dia memerintah sendiri seluruh alam semesta dan isinya. Memang selama ini pun Tuhan sudah sedia melibatkan diri dengan alam semesta. Dia berkuasa penuh ke atas alam semesta dan isinya.


Tuhan sangat berkuasa. Dia sudah sedia memahami cabaran dan dugaan yang kita hadapi dalam hidup sejak azali lagi. Jika kita beranggapan bahawa hanya setelah Tuhan menjadi Jesus dan turun bergaul dengan manusia maka barulah Tuhan memahami cabaran dan dugaan hidup manusia, maksudnya sebelum itu Tuhan tidak faham cabaran dan dugaan hidup manusia. Ini bermakna Tuhan itu LEMAH, maka dia tidak layak sebagai Tuhan. Yang layak menjawat jawatan Tuhan ialah Yang Tidak Lemah dan Maha Mengetahui. Sebelum menciptakan mana-mana makhluk pun Dia semestinya sudah sedia tahu cabaran dan dugaan yang akan manusia hadapi setelah mereka diciptakan.


Sekarang, gunakanlah SELURUH AKAL sebagaimana pesan Alkitab: "Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL" (Markus 12:30)


Anda mahu berTuhankan Dia yang Maha Berkuasa (berkuasa penuh) lagi Maha Mengetahui ataupun anda mahu bertuhankan dia yang tidak berkuasa lagi tidak mengetahui?


Jawapan anda: ........................................

RAKANSISWA:

"Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus."4

http://rakansiswa.com/a/107TuhanAlkitab.html


PENCERAHAN

Ayat Bible ini dihidangkan oleh rakansiswa.com kepada kita. Cuba lihat betul-betul maksud ayat ini, bukannya sekadar membaca sepintas lalu tanpa mahu mengkaji.


Siapakah SATU-SATUNYA ALLAH dalam ayat di atas?

‘Engkau’ iaitu Tuhan/ Allah ataupun Bapa, bukannya Jesus.


Apakah Jesus Allah/ Tuhan?

Tidak, kerana sudah diberitahu hanya yang bergelar ‘Engkau’ itulah SATU-SATUNYA TUHAN. Maksudnya Jesus tidak termasuk sekali.


Jadi siapakah Jesus?

Hanya sekadar UTUSAN (sebagaimana para nabi yang lain) yang diutus oleh ‘Engkau’ tadi.


Maharaja China mengutus Laksamana Cheng Ho ke Nusantara. Apakah Laksamana Cheng Ho sama dengan Maharaja China?

Tidak sama.

RAKANSISWA

Sekarang ramai orang suka mengganggap Tuhan sebagai sesuatu kuasa yang wujud dalam segala-galanya. Tetapi meskipun segala-galanya wujud dan dikekalkan oleh kuasa Tuhan saat demi saat, besar kemungkinan Tuhan adalah lebih daripada itu. Contohnya, bukankah lebih baik jika Tuhan lebih menyerupai ibu-bapa, saudara, kawan, seseorang yang anda boleh berbual-bual, mengongsikan masalah, menerima bimbingan, dan menjalani hidup bersama? Apakah yang begitu istimewa tentang Tuhan yang tidak bersifat peribadi, tidak boleh dikenali, dan yang

menjauhkan Diri.

http://rakansiswa.com/a/107TuhanAlkitab.html


PENCERAHAN:

Beginilah sikap orang-orang terdahulu daripada kita.

Mereka tidak puas hati dengan Tuhan sehinggalah mereka dapat melihat dan menyentuhnya. Kedua, mereka tidak mahu mengakui keterbatasan kemampuan yang ada pada manusia.


Kita ulas yang pertama. Tuhan sudah beritahu yang Diri-nya sangat hebat sehingga tidak mampu dilihat dan disentuh, tetapi manusia yang punya sikap sentiasa tidak puas hati dan tidak mahu faham-faham masih meminta agar Tuhan itu boleh dilihat dan disentuh.


Hasilnya, mereka menggambarkan Tuhan dengan pelbagai gambaran menggunakan otak manusia yang serba lemah lalu melukis dan mengukir Tuhan mereka. Ada yang mengambil tokoh-tokoh dalam masyarakat mereka sebagai Tuhan. Ada pula yang mengaku dirinya sendiri Tuhan. Kemudian mereka menyembah gambar-gambar, ukiran-ukiran dan tokoh-tokoh tersebut. Yang mengaku dirinya Tuhan pula menyuruh orang lain menyembah dirinya.

Inilah juga yang berlaku kepada para penyembah Jesus.


Bukankah Tuhan itu sepatutnya luar biasa? Jika Dia tidak luar biasa, tentulah ia tidak layak menjadi Tuhan. Tuhan sangat luar biasa kerana Dia tidak punya bentuk, warna dan sempadan, tidak terpengaruh dengan bentuk, warna dan sempadan. Kerana apa? Kerana sebelum bentuk, warna dan sempadan dicipta, Dia sudah sedia ada. Bahkan, Dialah yang menciptakan bentuk warna dan sempadan. Mana mungkin Dia berbentuk, berwarna dan bersempadan?


Oleh kerana Dia yang menciptakan bentuk, warna dan sempadan, maksudnya bentuk, warna dan sempadan adalah makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan bentuk, warna dan sempadan tidak layak menjadi Tuhan.


Cuba fikirkan... Jesus ada bentuk tak? Jesus terpengaruh dengan warna tak? Jasad, pengetahuan, pendengaran, penglihatan dan deria hidu Jesus ada sempadan/ had/ batasan tak?

Jika ada, maksudnya Jesus bukan Tuhan.


Kita sedia maklum, zat Tuhan tidak akan berubah. Sebagaimana keadaan Diri-Nya sebelum mana-mana makhluk diciptakan, sebegitulah keadaan-Nya ketika ini dan pada masa datang. Dia tidak akan berubah walaupun sedikit sama ada tercedera, terkena penyakit, lemah, tua, rosak ataupun lain-lain kelemahan. Apa saja yang terkena kecederaan, penyakit, lemah, tua, rosak ataupun lain-lain adalah MAKHLUK. Apa saja yang MENGALAMI PERUBAHAN adalah makhluk, bukan Tuhan.



Kedua, akuilah keterbatasan kemampuan manusia.


Mata manusia terbatas. Kemampuan melihat manusia sangat rendah. Apa yang berlaku di sebalik dinding sudah tidak mampu kita lihat. Apa yang berlaku di dasar lautan Atlantik saat ini tidak sampai mata kita untuk melihat. Bagaimana rupa telinga kita tidak boleh kita tahu kerana kedudukan mata kita di depan muka.


Jadi, bagaimana cara kita untuk mencapai itu semua? Tidak lain mestilah dengan menggunakan alat. Kita boleh melihat di sebalik dinding dengan menggunakan periskop. Kita boleh melihat dasar lautan Alantik dengan kamera video dasar laut. Kita tahu rupa telinga kita dengan melihat melalui cermin. Semuanya menggunakan alat.


Kemampuan tubuh kita juga terbatas. Kita tidak akan mampu bergerak dari Kuala Lumpur ke Singapura dalam masa 4 jam dengan berjalan kaki. Kita terpaksa menggunakan alat, contohnya kereta. Kita tidak akan boleh membawa satu tan buah kurma ataupun buah sawit menggunakan dua tangan. Kita terpaksa menggunakan alat iaitu lori.


Semua yang ada pada manusia adalah TERBATAS. Begitu jugalah dengan akal fikiran kita. Untuk mendapatkan Tuhan, kita mestilah menggunakan alat kerana kemampuan berfikir otak manusia terbatas dan mustahil dapat memahami Tuhan.

Apakah alatnya yang dibekalkan oleh Tuhan? Tidak lain ialah kitab suci. Tetapi kita mesti mendapatkan kitab suci yang benar-benar kitab suci, yang tidak ada sebarang kerosakan padanya.


Apabila manusia membelakangi alat tersebut iaitu kitab suci itu, manusia membuat pelbagai tanggapan yang keliru dan salah sehingga beranggapan Tuhan itu boleh dilihat dengan mata di dunia ini seperti jasad manusia yang bernama Jesus.


Apabila manusia membelakangi kitab suci itu, manusia gagal memahami Tuhan lalu beranggapan kasih sayang Tuhan itu mestilah dalam bentuk sentuhan dan pandangan seperti ibu bapa, kawan, sanak saudara dan lain-lain. Mereka mahu Tuhan yang nampak di depan mata, yang boleh diajak berbual, mengembara bersama, memancing ikan sekali dan sebagainya. Padahal Injil mengatakan:


“Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran'.

(Yohanes 4: 24)


Jelaslah bahawa Tuhan yang sebenar itu bukanlah daripada jenis yang berdaging, berjasad dan berbentuk.


Satu hal yang mesti kita ingat, Bible yang ada hari ini bukan kitab suci lagi kerana ia sudah bercampur dengan yang bukan kata-kata Tuhan/ Bapa, isinya mengandungi banyak pertentangan antara satu sama lain dan ada juga

Jadi, kitab suci mana yang benar-benar kitab suci yang boleh digunakan sebagai alat untuk mendapatkan Tuhan?


;;