Showing posts with label Bagaimana Saya Tahu Alkitab Itu Benar?. Show all posts
Showing posts with label Bagaimana Saya Tahu Alkitab Itu Benar?. Show all posts


RAKANSISWA:

Alkitab bukan sebuah buku dongeng. Terdapat banyak bukti sejarah tentang kebenaran Alkitab dan juga Tuhan yang mengarangnya.

  • Sejarah kuno mendukung kebenaran Alkitab sebagai catatan sejarah.
  • Keempat-empat kitab Injil mencatat kisah hidup Yesus dengan tepat.
  • Penemuan-penemuan arkeologi yang berhubungan dengan peristiwa-peristiwa di dalam Alkitab membuktikan kebenaran sejarah Alkitab.
  • Bukti-bukti naskah kuno dan penelitian tekstual mengesahkan bahawa Alkitab tidak pernah diubah.
http://rakansiswa.com/a/215Alkitab.html


PENCERAHAN:

Kitab-kitab agama lain juga banyak yang didukung oleh sejarah kuno terutamanya kitab Veda kepercayaan penganut agama Hindu, tapi ini bukan bukti kebenaran kitab-kitab itu sebagai KITAB SUCI yang datang daripada Tuhan.

Keempat-empat Injil tidak mencatat kisah hidup Jesus dengan tepat, banyak percanggahan dan kesalahan di dalamnya. Bahagian ini akan kita buktikan di kemudian nanti.

Sekalipun benarlah kononnya keempat-empat Injil mencatatkan kisah hidup Jesus dengan tepat, jika ia karangan manusia dan bukannya wahyu Tuhan, ia tetap bukan Kitab Suci.

Buku-buku sejarahpun banyak dibuktikan oleh penemuan-penemuan arkeologi tetapi ia tetap bukan Kitab Suci.

Kita punya banyak bukti yang menunjukkan banayak bahagian Alkitab hari ini tidaklah sama dengan naskah-naskah kuno itu, akan kita paparkan kemudian. Siapa di sini yang pernah melihat puluhan ribu manuskrip kuno yang disorokkan itu? Manuskrip-manuskrip kuno itu tidak berani didedahkan kepada umum, mengapa? Penganut agama Kristian sendiri tidak dibenarkan menatap kitab suci mereka, kenapa?

Manuskrip-manuskrip terawal keempat-empat Injil bukan datang daripada zaman Jesus, tetapi ratusan tahun kemudian. Bolehkah dipercayai 100%?

Yang dinamakan KITAB SUCI itu mestilah benar 100%, jika tidak benar walau 1% (dan kurang) pun, sudah dikira sebagai TIDAK SUCI dan tidak layak menjadi kitab suci.

RAKANSISWA:

Apakah seorang yang bijak dapat mempercayai Alkitab?

http://rakansiswa.com/a/215Alkitab.html


PENCERAHAN:

Orang yang bijak tentunya akan mempercayai apa yang benar daripada Alkitab, DAN dalam masa yang sama MENOLAK APA YANG SALAH daripadanya.

Orang yang mempercayai keseluruhan Alkitab, pastinya bukan orang yang bijak. Ini kerana Alkitab mengandungi banyak kesalahan dan kelemahan.

Orang yang bijak juga tidak akan mempercayai Alkitab hari ini sebagai KITAB SUCI yang benar-benar datang daripada Tuhan, kerana mustahil sebuah kitab suci mengandungi kesalahan dan mengalami perubahan oleh tangan-tangan manusia.

;;