Cara Berhubung dengan Tuhan

RAKANSISWA:

Apa yang harus dilakukan untuk memulai suatu hubungan dengan Tuhan? Menunggu sampai disambar petir? Mengabdikan diri untuk melakukan tatacara keagamaan? Menjadi orang yang lebih baik supaya Tuhan akan menerima anda? TIDAK SATUPUN, Tuhan telah menjelaskan di dalam Alkitab bagaimana kita dapat mengenal-Nya. Artikel ini akan menjelaskan kepada anda bagaimana anda secara peribadi dapat memiliki hubungan dengan Tuhan saat ini juga ...

http://www.rakansiswa.com/a/401MengenaliTuhan.html



PENCERAHAN:

Untuk memulakan suatu hubungan dengan Tuhan, seawal-awal perkara ialah dengan BERFIKIR, sebagaimana kata Jesus:

"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL"

(Markus 12:30)


Melalui jalan berfikir inilah kita dapat menentukan mana yang benar dan mana yang salah, mana satu Tuhan dan mana satu bukan Tuhan, dan bagaimana cara yang benar untuk berhubung dengan Tuhan. Kita tidak boleh sekadar percaya an ikut-ikut sahaja. Oleh kerana kaum keluarga kita dan orang lain menganggap Jesus sebagai Tuhan, maka kita pun terus percaya Jesus itu Tuhan.


Pastinya kita mesti mengabdikan diri untuk MELAKUKAN TATACARA KEAGAMAAN, sebagaimana sabda Jesus:

“Dan AJARLAH MEREKA ( manusia) melakukan SEMUA yang telah kuperintahkan kepadamu.”

(Matius 28: 20)


Penganut ajaran Jesus mestilah melakukan SEMUA yang telah Jesus perintahkan. Jesus sendiri adalah contohnya.

"Maka aku berkata kepadamu: Jika HIDUP KEAGAMAANMU tidak lebih benar daripada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga."

(Matius 5:20)


Bagaimana hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi? Ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi tekenal dengan amalan-amalan agama mereka yang banyak dan hebat. Kepada para penganut ajaran Jesus, Jesus memerintahkan supaya kita melaksanakan hidup keagamaan seperti itu, BUKAN SEKADAR PERCAYA kepada Jesus sahaja.


Ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi juga tidak menyembah Jesus sebagai Tuhan.


"Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepadaku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu.”

(Yohanes 14:12)


Sesiapa yang percaya kepada Jesus, dia mestilah melakukan amalan-amalan Jesus seperti sujud dan berdoa kepada Bapa (bukan kepada Jesus) dan bersunat. Sesiapa yang tidak melakukannya, bererti dia tidak mempercayai Jesus.

0 comments: