RAKANSISWA:


Allah menjadi manusia dapat kita lihat melalui bagaimana Yesus melakukan pelbagai perbuatan yang ajaib; Allah menciptakan seluruh alam ini bermula dari kosong, ini bermakna bahawa Allah dapat melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Segala sesuatu yang tidak bertentangan dengan sifat-Nya dapat dilakukan oleh-Nya. "Allah dapat melakukan segala perkara" (Matius 19:26)


http://rakansiswa.com/a/715ApakahYesus.html




PENCERAHAN:


Rakansiswa mengatakan bahawa yang menciptakan seluruh alam ini ialah Allah. Jadi yang melakukan keajaiban di sini ialah Allah, bukan Jesus.


Pada dasarnya memang Allah mampu melakukan apa saja, tetapi ini tidak bermaksud Allah dapat melakukan sesuatu yang tidak layak bagi-Nya.


Contoh:

Allah tidak mampu menciptakan satu Tuhan yang lebih kuat daripada diri-Nya sendiri.


Contoh:

Allah tidak mampu membuang kita daripada kerajaan-Nya, daripada langit dan bumi yang diciptakan-Nya.


Contoh:

Allah tidak boleh mati. Dia tidak boleh memanggil dan menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa-Nya. Itu mustahil. Jika Allah mati, seluruh langit dan bumi serta isinya akan hancur musnah kerana sudah tidak ada Pengatur dan Pemeliharanya.


Yang paling penting, Allah tidak boleh menjadi Jesus ataupun manusia-manusia lain. Tetapi Allah memang boleh mengutuskan Jesus (hamba-Nya itu) sebagai rasul ataupun nabi.

0 comments: